Monday, October 10, 2016

Hidup Berteman Orang Soleh itu Lebih Baik daripada Hidup Bersendirian

Ditanya kepada Sayyidil Habib Taufiq Seggaf tentang cara untuk meninggalkan maksiat, maka jawab Sayyidil Habib ;
الجليس الصالح خير من الوحدة،
والوحدة خير من الجليس السوء.
[Hidup Berteman Orang Soleh itu Lebih Baik daripada Hidup Bersendirian, dan Hidup Bersendirian itu Lebih Baik daripada Hidup Berteman Orang Jahat]
Sayyidil Habib menasihati kita semua supaya sentiasa berteman / bersahabat dengan Orang Soleh & Ahli Ibadah, kerana hal itu akan menguatkan hati kita untuk semangat beribadah.
Demikian juga Sayyidil Habib menasihati kita semua supaya menjauhi teman-teman yang 'Jelek' (Jahat / Ahli Maksiat), kerana hal itu akan dapat mengelakkan diri kita daripada berbuat maksiat.
[Mafhum Kalam Sayyidil Habib Taufiq Seggaf - Daurah Hikam Imam Haddad - 09 Okt 2016 -MATIN]


EmoticonEmoticon